06 June 2009

Timbalan: Husam tumpaskan Nasharuddin


Datuk Husam Musa memenangi jawatan timbalan presiden PAS dengan menewaskan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa.

Menurut keputusan tidak rasmi, Husam mendapat 453 votes undi manakala Nasharuddin memperolehi 388.

Seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapatkan 188 undi.

Dalam pertandingan sengit itu, Husam menang dengan majoriti 65 undi.

Keputusan itu juga dilihat sebagai kemenangan kumpulan profesional ke atas golongan ulama dalam parti itu.

Semalam, Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali berkata keputusan tersebut akan diumumkan pada jam 9.30 pagi ini.

Bagaimanapun, sehingga jam 9.34 pagi, pengumuman belum dibuat dan sesi perbahasan masih berjalan.

Lebih 1,000 perwakilan mengundi semalam untuk menentukan nasib Datuk Husam Musa yang mencabar Nasharuddin Mat Isa dalam persaingan mereka merebut jawatan timbalan presiden PAS.

Tokoh popular parti itu Mohamad Sabu, yang turut menawar diri dalam persaingan tersebut.

Selepas selesai pengiraan undi sehingga awal pagi ini, Husam dikatakan mendahuluk Nasharuddin. Namun, pengumuman rasmi sebentar lagi akan menentukan keputusan sebenarnya.

Bagi jawatan naib presiden pula, tiga nama disebut-sebut terpilih, iaitu Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dua lagi calon naib presiden ilaha Mujahid Yusof Rawa and Nik Amar Nik Abdullah.

Ketiga-tiga pemenang jawatan naib presiden itu dikatakan 'orang kuat' Husam.

Dengan kemenangannya, Husam akan dilhat sebagai mengetuai kumpulan 'Erdogan' atau 'profesional' dan akan menjadi timbalan presiden kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi mengekalkan jawatan presiden tanpa bertanding.

Muktamar ke-55 PAS sedang berlangsung selama tiga hari di Shah Alam.

- Malaysiakini

No comments:

Post a Comment