05 June 2009

Pemuda UMNO hantar pemidato terbaik ke Manek Urai

BENTONG 5 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar kumpulan pemidato terbaiknya dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kempen pilihan raya kecil itu merupakan ujian pertama kepada kumpulan pemidato tersebut yang baru diwujudkan oleh pergerakan berkenaan untuk menjelaskan pelbagai isu kepada pengundi di kawasan tersebut.

``Pemuda UMNO mewujudkan Unit Pidato dan Penghujahan Umum untuk melahirkan kumpulan yang mampu berpidato, berdebat dan berceramah kepada rakyat bagi menjelaskan isu-isu semasa dan dasar kerajaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus asas Jentera Unit Pidato Pemuda UMNO di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik dekat sini hari ini.

- Utusan

* hahaha...

5 comments:

  1. Pemuda PAS semestinya gerun kerana pemidato Pemuda UMNO ini adalah dilatih dan terlatih, jangan diperlekihkan (kecuali dalam blog atau maya ini), bagi orang kampung, mereka ini jika sangup pakai Proton dan makan bersila dan pakai tangan dan menoreh dan minum teh tarik tepi jalan dan....., boleh mengoncang hati sanubari orang kampung. Kerana ucapan mereka bagaimanapun akan mendapat markah lebih tinggi dari pemidato PAS, tak tahu plak kenapa?

    Penyokong BN @ tak totok

    ReplyDelete
  2. Ini bukan tandingan pidato sekolah!
    Penduduk Manik Urai dah biasa dah dengan wayang. Wayang UMNO yang terbaik ialah wayang cap RM.

    ReplyDelete
  3. Siapa agaknya pemidato UMNO yang terbaik...? Nak cerita tentang apa..?

    ReplyDelete
  4. Dah 20 tahun PAS perintah Kelantan,apa kemajuan atau pembangunan yang ada?penduduk Kelantan bernasib baik karna parti UMNO terus berjuang agar kelantan tidak terus m undur ke belakang.Bayangkan kalau UMNO kelantan berkubur....bayangkan..dan bayangkan kalau kerajaan UMNO Malaysia tidak mempedulikan kelantan

    ReplyDelete
  5. JIKA PEMIDATONYA ORG SEPERTI EZAM SI KATAK PISANG SUDAH TENTU HANYA AHLI UMNO BAWAHAN YG SEDIA ADA BODOH AKAN TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA. RAKYAT DAH TAHU UMNO ADALAH PARTI YG SEPERTI KOMUNIS & YAHUDI. UMNO ADALAH PARTI PEMUSNAH ISLAM....KERANA UMNO MEMERINTAHLAH KELANTAN DI ANAK TIRIKAN DARI SEGI PEMERINTAHAN. HARAP PEMIDATO UMNO JGN BERBUIH MULUTNYA SEPERTI MENTERI BANGANG YG PERNAH BERDEBAT DGN ANWAR BERKAITAN ISU MINYAK. KALAU PEMIMPIN DAH BACUL SERTA IMEJ TERCALAR.....SUDAH PASTI UMNO AKAN MELINGKUP.

    ReplyDelete