PETALING JAYA: Sepasang pengantin baru hanya mampu terkedu apabila beberapa barangan berharga termasuk duit mas kahwin yang terjaga rapi dalam simpanan mereka dilarikan penyamun yang memecah masuk rumah pasangan itu ketika mereka keluar bekerja.
Selain duit mas kahwin pasangan itu yang bernilai RM80, penyamun turut melarikan cincin merisik dan bertunang selain kamera digital, dua komputer riba, kamera video dan wang tunai sekali gus menjadikan jumlah kerugian mencecah RM20,000 di Flora Damansara, semalam.
Malah, mangsa, Zaidi Hazral Abdul Hadi, 31, turut terkilan berikutan dia sudah membeli sebuah rumah lain dan bakal berpindah dalam tempoh terdekat.
“Namun, segalanya berubah sekelip mata dan kini kami terpaksa menanggung kerugian selain kehilangan barangan peribadi,” katanya.
Bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat kenderaan mewah terkemuka di sini, mangsa pada awalnya tidak mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku, tetapi berubah sebaliknya apabila mendapati mangga pada pintu hadapan rumahnya berada dalam kedudukan berbeza.
“Curiga dengan keadaan itu, saya bersama isteri yang sampai di rumah jam 11.30 malam tidak mengesan sebarang perubahan pada ruang tamu.
“Namun, keadaan sebaliknya berlaku sebaik menjengah ke bilik tidur utama yang berselerak selain beberapa beg mengandungi barang kemas dan berharga di dapati kosong,” katanya.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail sebelum kes dirujuk pegawai penyiasat Balai Mutiara Damansara.
- Mymetro
hmm .. malang tak berbau sungguh ... :( ekonomi tak gawat pun .. apsal nak mencuri ..
ReplyDeletepencuri jenis ape tah. RM80 pun nak curi? Jahanam la namanya.
ReplyDeleteduhhh! Kecian :(
ReplyDelete