24 June 2009

Dua pelajar tak sedar rakan diserang perompak

KUALA LUMPUR: Kawan tidak boleh diharap mungkin ungkapan tepat terhadap dua pelajar kolej yang ‘tidur mati’ tanpa menyedari rakan serumahnya bergelut selepas diserang dua perompak yang memecah rumah masuk mereka, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, dua pelajar lelaki berusia 20-an berkenaan masih mampu berdengkur di tingkat atas rumah didiami mereka di Taman Cheras Utama di sini sehingga jam 10 pagi tanpa menyedari rakannya diikat penjenayah di tingkat bawah.

Sumber polis berkata, mangsa yang tidur di sebuah bilik di tingkat bawah terjaga dari tidur apabila terdengar sesuatu.

Menurutnya, mangsa terkejut apabila mendapati dua perompak tiba-tiba muncul sebelum mengacukan pisau ke arahnya.

“Penjenayah yang dipercayai memecah masuk melalui dapur rumah mengarahkan mangsa tidak melawan sebelum dipaksa masuk semula ke biliknya.

“Mangsa yang berusia 21 tahun diikat tangan dan kakinya sebelum dibiarkan terbaring di atas lantai. Penjenayah menggeledah bilik dan rumah mangsa untuk mencari barang berharga,” katanya.

Menurutnya, penjenayah merampas komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai RM350 milik mangsa dari dalam bilik berkenaan.

- Mymetro

* Selamat datang ke Malaysia

No comments:

Post a Comment