05 June 2009

‘Datuk setan’ perkosa cucu

TELUK INTAN: ‘Datuk segala setan’ gelaran paling tepat diberikan kepada seorang lelaki yang tergamak menjadikan cucu perempuannya berusia lima tahun sebagai tempat memuaskan nafsu buasnya selama hampir tiga minggu sejak awal bulan lalu.

Lebih memalukan, warga emas berusia 66 tahun berhati binatang itu juga sanggup mempelawa tiga rakan, termasuk seorang anak angkat yang tinggal bersamanya untuk ‘meratah’ tubuh kanak-kanak itu di rumahnya di Langkap, dekat sini.

Perbuatan kejam keempat-empat suspek selama hampir tiga minggu hanya berakhir apabila disedari seorang jiran yang menyedari perubahan fizikal dan mental mangsa.

Mulanya kanak-kanak itu enggan bercerita, tetapi selepas dipujuk jiran berkenaan, akhirnya mengadu mengalami kesakitan melampau di kemaluannya.

Terkejut dengan pengakuan itu, jiran terbabit memujuknya membenarkan dia melihat kemaluan mangsa untuk dirawat.

Selepas diperiksa, jiran berkenaan sekali lagi terkejut apabila melihat ada kesan luka teruk di kemaluan mangsa.

Mengesyaki ia disebabkan perbuatan terkutuk datuk mangsa, jiran berkenaan memaklumkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Selepas berbincang, JKKK membuat laporan di Balai Polis Langkap pada 28 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata bertindak atas laporan itu, seorang warga emas berusia 66 tahun yang juga datuk mangsa ditahan untuk siasatan, diikuti penahanan dua lagi lelaki masing-masing berusia 42 dan 29 tahun.

“Seorang lagi suspek berusia 40-an masih diburu polis selepas dipercayai menghilangkan diri apabila mengetahui penahanan tiga suspek terbabit.

“Siasatan juga mendapati suspek berusia 29 tahun itu anak angkat kepada datuk mangsa. Mangsa menjadi habuan keempat-empat suspek selama tiga minggu sebelum terbongkar 28 Mei lalu.

“Ketiga-tiga suspek kini direman untuk membantu siasatan. Dua daripada suspek yang ditahan juga dipercayai penagih dadah,” katanya.

Menurut Goh, mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan dan laporan hospital menunjukkan terdapat kesan koyak di kemaluan mangsa dipercayai akibat dirogol.

Katanya, polis juga akan mendapatkan bantuan khas iaitu daripada Unit Perlindungan Kanak-kanak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kepakaran dalam mengumpul keterangan daripada mangsa bawah umur.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan pesalah boleh dipenjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

- Mymetro

* Binatang...

2 comments:

  1. he eleh..hukuman punya le ringan, tu la, pakai hudud kan senang.

    ReplyDelete
  2. entah la..aku pun harap mcm tu juga.. kalau PAS betul2 jujur utk melaksanakan hudud, dah tentu maksiat tak ada lagikan..ini cuma jadi modal pilihanraya..dah menang senyap..lpas tu salahkan UMNO...masakan kat UMNO pun nak takut..buat ajelah,kat kelantan dah 20 tahun nik aZiz jadi MB,apasal tak buat

    ReplyDelete