13 May 2009

Pelabur tidak perlu bimbang kemelut politik Perak - Zambry

IPOH 13 Mei — Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini memberi jaminan bahawa semua urusan pentadbiran negeri berjalan seperti biasa dan pelabur tidak perlu bimbang dengan kemelut politik yang kini melanda negeri itu.


Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan semua pelabur yang berminat melabur di Perak dan bersedia membantu mereka yang berhadapan masalah dalam proses permohonan.


“Percayalah, walau apapun yang anda (pelabur) dengar mengenai iklim politik, tapi dalam soal ekonomi, saya rasa semua penduduk Perak sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuiarat mingguan exco kerajaan negeri itu.


Zambry berkata kerajaan negeri yang diterajuinya juga berfungsi dengan baik di sebalik pelbagai kemelut politik yang berlaku kebelakangan ini.


“Kita akan beri tumpuan kepada pembangunan ekonomi,” katanya. - Bernama

* Baik melabur di Selangor

No comments:

Post a Comment