GEMAS: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak perlu dibubarkan dalam menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, pembubaran DUN bukan satu keperluan walaupun Mahkamah Tinggi, kelmarin memutuskan Datuk Seri Moham-mad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
"Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan mahkamah itu tetapi pada masa sama kita sudah memfailkan rayuan berhubung keputusan itu pagi ini (semalam) kerana mempunyai kes dan asas yang kukuh.
"Kita dapati keputusan mahkamah yang memihak Mohammad Nizar itu berkaitan masalah teknikal di mana DUN tidak melaksanakan usul undi tidak percaya terhadapnya dan jika itu keadaannya, maka tindakan itu (undi tidak percaya) akan dilakukan oleh kita," katanya.
- Bharian
Dia ni tahu undang-undang tak? Mahkamah Rayuan semalam tu mengikut undang-undang tak? baca dari YB Zul Kulim
ReplyDeleteSaya merasa dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.
Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.
Namun undang-undang memperuntukkan dibawah Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman”.
Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).
Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.
Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.
Keputusan itu sekadar menyatakan Zambry Kadir bukan Menteri Besar. Menguatkuasakan penghakiman tersebut bermakna beliau perlu mengosongkan pejabat dan rumah Menteri Besar.
Sekiranya rayuan beliau dibenarkan pun ianya tidak membawa apa-apa kerugian kepada beliau. Pejabat dan rumah Menteri Besar tetap ada disitu. Jawatan Menteri Besar tetap ujud dalam negeri Pera. Gajinya pun boleh dibayar semula menggantikan bulan-bulan yang beliau tidak mendapat gaji beliau sebagai MB.
Apa yang saya nampak keadaan istimewa itu hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi MB. Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.
Apatah lagi Hakim Datuk Ramly dalam perintahnya menyatakan bahawa Zambry Kadir masih lagi MB. Ini adalah merit kes itu sendiri yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai sebaliknya.
Bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly yang tidak membicarakan kes tersebut dan tidak mendengar saksi dan keterangan boleh menyatakan Zambry Kadir sebagai MB sedangkan Hakim yang membicarakan kes itu iaitu YA Dato Aziz telah memutuskan sebaliknya.
Selanjutnya saya hairan bagaimana Hakim Datuk Ramly boleh membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sedangkan undang-undang menyatakan dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu” (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860).
Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu YA Dato Aziz. Malahan YA Dato Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.
Dan inilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim apabila membincangkan isu permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap DSAI dahulu sementara menanti rayuan.
Jadi bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum YA Dato Aziz mendengar dan membicarakannya!
Saya khuatir keputusan Haim Datuk Ramly akan mengujudkan satu “precedent” baru yang bercanggah dengan semua prinsip dan keputusan Mahkamah-mahkamah sebelum daripada ini.
sebenaqnya hakim mahkamah tinggi sebelum buat keputusan, dia terlupa nak check dengan Najib/Gani 4 tahil dulu, lepaih buat keputusan..apa lagi..kena hamput laa dengan dua orang tu..
ReplyDeletekalau bubarkan lagi elok .. biar rakyat sendiri berapa ramai adun yang tidak lagi menyokong Nizar.. apa susah? ..
ReplyDeletekalau bubar lagi panjang lak kes nie.. maka nak tak nak .. kena tunggu juga keputusan dari Mahkamah Tinggi.. :)
KALAU DUN DIBUBARKAN ...CONFIRM KERAJAAN PERAK AKAN DIAMBIL ALIH OLEH PAKATAN RAKYAT. SEKARANG NIE ORG CINA & INDIA DAH MELUAT TENGOK UMNO PUNYA PERANGAI.....ORG CINA & INDIA BUKAN MACAM ORG UMNO YG SELALU KENA PERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA. ZAMRI PUN TENTU HILANG KUASA DI PANGKOR SEBAB 90% CINA KAT SANA DAH BERAZAM NAK HANCURKAN UMNO. KALAU BN DAPAT KERUSI PUN 1 AJE DUN.....
ReplyDeleteBismilah Hir rahman Nir Rahim
ReplyDeleteLa menteri pertahanan yang baru dah mula berkokok pulak .Saya faham kehendak menteri pertahanan yg baru ni kalau dun perak di bubar beliau akan kerugian untuk hadir kat tarian separuh seksi .Beliau akan rasa rugi semua hidupnya kalau tak tengok tarian separuh seksi.
itu andaian jer.. tengoklah nanti kalau dorang buat.. :) sama2 kita menunggu keputusan seterusnya.. tak perlu maki2 .. tak perlu kata itu bodo ini bodo .. ;)
ReplyDeleteorg umno memang patut dimaki kerana umnolah rasuah makin menjadi-jadi. Tapi percayalah PRU13 nanti PR akan ambil alih kerajaan pusat kerana cina-cina MCA & India MIC telag merancang utk menikam UMNO dari belakang. Ini perancangan KJ utk membalas dendam pada Najib. Ditempat aku aje.....dah nampak cina & India beri sokongan padu pada PR.....termasuk org-org UMNO.
ReplyDelete