26 April 2009

Penjenayah hilang akal


KUALA LUMPUR: Hasrat bekas guru cuba membantu lelaki warga emas yang disamun sekumpulan lelaki berakhir dengan tragedi apabila dia ditikam dengan kaca di perutnya.

Dalam kejadian 6.45 pagi semalam, Rosli Daud, 49, cedera parah berikutan serpihan kaca tertinggal di dalam perut.

Mangsa yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam berkata, ketika kejadian dia berjalan menghantar isterinya, Sumarni Sab’at, 40, ke tempat kerja berhampiran Taman Sri Rampai, Setapak Jaya, di sini.

Menurutnya, ketika itu dia melihat lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an dalam keadaan berlumuran darah di samping dua lelaki bertubuh besar. _ Metro

* Sepatutnya hubungi polis dan polis sepatutnya sampai 3 min ke tempat kejadian. Banyakkan kereta-kereta peronda polis di seluruh negara.


Polis patahkan cubaan samun

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas anggota polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah berjaya mematahkan cubaan samun seorang lelaki di sebuah kedai serbaneka di Jalan Landak, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, anggota polis mendapati ada seorang lelaki berusia 35 tahun yang menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan masuk ke kedai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, berkata anggota polis yang menyerbu kedai terbabit mendapati suspek sedang mengacukan pisau lipat ke arah penjaga kaunter.

"Mangsa seorang wanita yang bekerja seorang diri itu, mempertahankan diri menggunakan sebatang penyapu sebelum suspek berjaya ditahan selepas menyedari kehadiran polis.

"Siasatan lanjut mendapati suspek sudah melakukan kegiatan samun di kawasan itu lebih tiga kali. Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah turut menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikal yang digunakannya," katanya. _ Bharian

No comments:

Post a Comment