26 April 2009

Lapan motosikal dibakar

KUALA LUMPUR: Lima penghuni Blok 94, Pangsapuri Seri Kota, Bandar Tun Razak, di sini, hanya mampu berputih mata apabila motosikal mereka terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, lima motosikal dibakar di kawasan meletak motosikal berdepan pangsapuri itu, menyebabkan kerugian hampir RM20,000.

Seorang pemilik motosikal, Ricard Al Rubyn, 39, berkata dia hanya menyedari kebakaran itu selepas diberitahu jiran di tingkat 11 pangsapuri itu.

Menurutnya, dia hanya mampu melihat motosikal miliknya dijilat api tanpa sempat berbuat apa-apa. _ Metro

No comments:

Post a Comment