Bekas Perdana Menteri itu berkata negara seperti Korea Selatan dan China kini giat menggalakkan rakyat mereka belajar bahasa Inggeris kerana sedar kepentingan berkomunikasi menjadi asas penting dalam meningkatkan daya saing.“Apabila saya memperkenalkan PPSMI, keputusan itu berlandaskan kepada hakikat bahawa bahasa Inggeris adalah lingua franca atau bahasa global, terutama bagi kedua-dua subjek berkenaan dan wajar dikuasai anak-anak kita supaya tidak ketinggalan.
“Saya lihat kebanyakan yang membantah isu ini sendiri berpendidikan Inggeris dan petah berbahasa Inggeris tetapi tidak mahu pula generasi muda kita menguasai ilmu yang sama. Saya tidak faham motif sebenar mereka ini,” katanya majlis pembukaan rasmi bangunan baru dan sidang akhbar Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Maktab Sultan Abdul Hamid di sini, hari ini.
Dr Mahathir juga hairan kenapa ada pihak mempersoalkan PPSMI akan menyebabkan generasi muda hilangan keMelayuan mereka apabila mengagung dan menguasai bahasa Inggeris.
“Sebahagian besar persekolahan awal saya sendiri menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.
Apakah saya menjadi ‘kurang’ Melayu kerananya, malah saya masih fasih berbahasa Melayu dan menganggap diri saya sebagai nasionalis Melayu,” katanya. - Bharian
Pengajaran dan pembelajaran sastera dalam bahasa inggeris adalah lebih baik dari sains dan matematik.
ReplyDelete