
KOTA BHARU: “Ayah dan ibu saya bukan orang berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayah pula bekerja sebagai nelayan.
“Ia menjadi tanggungjawab saya untuk membalas budi kedua-dua mereka, selain mahu mengubah nasib keluarga,” kata Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, yang memperoleh keputusan cemerlang 20A termasuk satu 2A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan, semalam.
Pelajar Sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) ini berkat, dia bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dan sentiasa mengamalkan bacaan al-Quran serta solat hajat sebagai petua kejayaannya.
Anak jati perkampungan nelayan, Kampung Parang Puting, dekat Pantai Sabak ini, berkata demikian selepas menerima keputusan peperiksaan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Mohd Amar Nik Abdullah yang berkunjung ke sekolah terbabit, semalam.
Anak sulung daripada empat adik beradik itu berkata, kecemerlangan dalam SPM hadiah paling bermakna buat kedua-dua ibu bapanya, Nik Mohd Kamal Husin, 42, dan Mariani Omar, 40.
Nik Nur Madihah mendapat 1A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi dan Matematik Tambahan.
Selain itu dia memperoleh 1A bagi mata pelajaran Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, English for Science and Technology dan serta 2A bagi subjek Biologi.
Kecemerlangan Nik Nur Madihah bermula sejak di sekolah rendah lagi apabila mendapat 5A bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 9A bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2006. - Mymetro
* Berkat rezeki halal
No comments:
Post a Comment