21 March 2009

Pengsan ditembak ketika menyamun

SEREMBAN - Seorang penjenayah pengsan terkena tembakan di kaki manakala tiga lagi rakannya lari lintang pukang apabila seorang bekas anggota Rela melepaskan tembakan ke arah mereka yang cuba merompak banglonya di Kampung LBJ, Labu di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2.45 pagi, penjenayah yang cedera itu terkena tembakan di kaki kirinya. Dia dijumpai pengsan di dalam longkang di luar banglo dua tingkat itu.

Suspek dibawa ke Hospital Seremban dan akan disiasat berhubung cubaan merompak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Zazali Hashim berkata, semasa kejadian, pemilik rumah banglo dua tingkat itu bersama isteri dan adik ipar lelakinya sedang tidur.

"Tiba-tiba mangsa yang merupakan bekas anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) terdengar bunyi bising di tingkat bawah.

"Dia mengesyaki sesuatu lalu terus mencapai senapang patah miliknya. Dia melepaskan dua das tembakan dari beranda atas rumah sebaik melihat kelibat empat lelaki di tingkat bawah," kata beliau semalam.

Tembakan yang dipercayai mengenai kaki kiri seorang penjenayah itu menyebabkan kesemua mereka bertempiaran lari. Penjenayah warga Indonesia itu cuba masuk ke rumah yang mempunyai enam bilik itu selepas memotong jeriji tingkap.

* Bagus jika setiap rumah ada senapang bagi tujuan keselamatan.

No comments:

Post a Comment