KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menyiasat kes pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin parti itu baru-baru ini kerana ia bukan melibatkan jenayah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (gambar) berkata, kesemua pemimpin terbabit dikenakan tindakan melanggar etika dan disiplin parti.
"Saudara kena faham, kita mengalu-alukan sesiapa nak buat laporan tetapi saudara mesti bezakan. Kes pelanggaran etika dan pelanggaran disiplin bukan kes jenayah.
"Kami tidak akan menyiasat kes bukan jenayah, kita akan pergi (siasat) kes-kes jenayah, terutama rasuah," katanya ketika ditemui selepas menyertai Program Gerak Mesra Pencegahan Rasuah Bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Lapang Sasar Kompleks Sukan Pahang di sini semalam.
Ahmad Said diminta mengulas laporan yang dibuat oleh beberapa pihak terhadap pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan disiplin dan melanggar etika ahli UMNO baru-baru ini, termasuk Naib Presiden yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. - Kosmo
* Tak faham lagi kah? Yang salah tu Menteri Besar Selangor, dia beri makan orang miskin lembu semasa hari korban.
kalau kes jenayah...polis la yang siasat...bukannye SPRM siasat dol.
ReplyDeleteyang ini SPRM la yg siasat...ape daaa....