KUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan memastikan pembangkang tidak akan mencapai kemenangan hatrik di pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai yang akan diadakan serentak 7 April ini."Dengan kebangkitan Pemuda Umno, segenap lapisan jentera akan digerakkan untuk menghadapi segala cabaran dengan penuh disiplin dan seterusnya memenangi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai," kata ketua pergerakannya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas majlis penutup latihan persiapan jentera pilihan raya Pemuda Umno di sini hari ini.
Pembangkang sebelum ini menang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Beliau juga berkata Pemuda Umno akan menghalang usaha pembangkang yang ingin mengambil kesempatan untuk memecahbelah anggota parti, melagalagakan pemimpin dan melemahkan Umno terutama menjelang pemilihan agung parti 24 Mac ini.
"Pemuda Umno akan menyedarkan generasi dan pengundi muda mengenai taktik kotor pembangkang yang mencampur aduk maklumat benar dan separuh benar untuk mengelirukan serta memikat hati masyarakat," kata Hishammuddin.BERNAMA
* Hatrik itu berasal daripada bahasa Inggeris 'hat-trick'. Kalau tidak silap bermaksud kemenangan 3 kali berturut-turut.
Pemuda UMNO bercakap dengan siapa bahawa pembangkang tidak akan mencapai kemenangan hatrik di pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai yang akan diadakan serentak 7 April ini.
ReplyDeleteSiapa yang sebenarnya sedang bermimpi... pengundi atau Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein...?
Apakah pengundi diBukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai tu semuanya buta, pekak, bisu sehingga mereka akan mengikut kata dari pemimpin Barisan Nasional..?
Ahli parti Pakatan Rakyat perlu berwaspada dengan kata-kata Ketua Pemuda UMNO itu, kerana meraka akan menggunakan tipu mulihat secara kotor untuk memenangi pilihanraya itu.
Pantau setiap gerak SPR agar mereka tidak menipu jumlah undi. Pantau orang yang hadir mengundi agar tiada pengundi hantu menyerupai ahli UMNO-BN.