26 March 2009

14 tertuduh perhimpunan haram didenda RM750

SHAH ALAM 26 Mac - Seramai 14 daripada 65 tertuduh yang ditahan atas pelbagai kesalahan ketika berada dalam perhimpunan haram di depan sebuah kuil di Batu Caves anjuran Hindu Rights Action Force (Hindraf) pada tahun 2007 masing-masing didenda RM750 atau penjara satu bulan.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman tersebut setelah kesemua tertuduh yang berusia antara 24 dan 56 tahun masih mengekalkan pengakuan salah yang dibuat pada Selasa lalu.

Sebelum ini mereka mengaku tidak bersalah dan memohon supaya dibicarakan atas pertuduhan.

Menurut pertuduhan, kesemua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen bbb440(a) kanun yang sama.

Iaitu mereka sebagai ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang telah menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutan pegawai polis dan menyebabkan kerosakan harta benda awam dengan menyebabkan kerosakan Proton Wira (WPR 7236), Kia Pregio (WPP 5795), Toyota Hi-ace (WNQ 7424), Defender 110 Rover (WCT 2440) dan dua pintu pagar kuil.

Mereka mengaku melakukan perbuatan itu antara pukul 1 dan 8 pagi, 25 November 2007 ketika berhimpun di hadapan Kuil Subramaniar, di Jalan Besar Batu Caves, Batu Caves dekat sini.

-Utusan

No comments:

Post a Comment