18 February 2009

Zambry beri keterangan kepada jawatankuasa DUN Perak

IPOH 17 Feb. — Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berhubung kenyataannya terhadap Speaker DUN V. Sivakumar.

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Zambry ketika ditemui pemberita selepas memberikan keterangan itu berkata, kehadirannya adalah kerana menghormati speaker dan institusi jawatankuasa berkenaan yang memanggilnya untuk memberi keterangan.

“Saya datang kerana menghormati Speaker...kita ikut peraturan dan undang-undang,” katanya. - Bernama

1 comment:

  1. Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir “Saya datang kerana menghormati Speaker...kita ikut peraturan dan undang-undang,”

    Hee..heee..hee...hormat speaker hehe..

    hee..heee..heee..kita ikut peraturan dan undang-undang..hee heee..

    Dalam negeri perak ada 2 menteri besar, heee... heee..

    satu hitam dari kumpulan haram...heheheh
    satu putih dari kumpulan halal...heheheh

    ReplyDelete