PUTRAJAYA 17 Feb. — Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan editor laman web ’Malaysia Today’, Raja Petra Raja Kamaruddin agar Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk S. Augustine Paul menarik diri daripada mendengar rayuan habeas corpusnya.
Hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dalam keputusannya berkata, mereka berpuas hati bahawa permohonan itu dibuat tanpa sebarang merit.
Terdahulu itu, sebelum mendengar permohonan itu, Hakim Augustine memberitahu mahkamah bahawa beliau mahu menarik diri dari prosiding tersebut.
Selepas beliau meninggalkan panel, peguam Raja Petra, Malik Imtiaz, memaklumkan bahawa permohonan itu tidak boleh didengar oleh dua hakim yang sedia ada atas alasan Seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman memerlukan panel kehakiman dibarisi oleh tiga Hakim Mahkamah Persekutuan.
Mengenai persoalan itu, Hakim Nik Hashim berkata mereka mempunyai kuasa untuk mendengar permohonan itu mengikut Seksyen 78 akta yang sama. - Bernama
No comments:
Post a Comment