
PETALING JAYA: Elizabeth Wong, yang telah memutuskan untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan ekoran tersebarnya gambar separuh berbogel sejak beberapa hari lalu, diambil keterangan oleh polis sebentar tadi.
Beliau memberikan kenyataan di pejabat peguamnya di sini kira-kira pukul 5.30 petang tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan yang pihaknya telah mendapatkan keterangan daripada wakil rakyat berkenaan.
Wong telah membuat laporan di Balai Polis Damansara Ahad lalu.
Beliau menemui polis kira-kira enam jam selepas muncul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah "menolak" hasrat Wong untuk meletakkan jawatan.
Sebaliknya mereka meminta beliau memikirkan semula sambil mengambil cuti selama satu tempoh yang belum ditetapkan. - Mstar
Membenarkan Elizabeth Wong bercuti adalah keputusan tepat, sebelum membuat keputusan yang lebih berat dengan mengadakan pilihanraya kecil yang tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada Pakatan Rakyat.
ReplyDeleteBiarkan mereka menyalak laksana anjing dengan bukit, biarkan mereka mengungkit isu moral asalkan keputusan yang diambil nanti akan memberi kelebihan pada Pakatan Rakyat.