
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) yang membentuk kerajaan baru di Perak dengan sokongan tiga ADUN Bebas semalam, mahu bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang meskipun dengan majoriti tipis.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, sejarah membuktikan bahawa walaupun majoriti satu kerusi, kerajaan boleh bertahan jika ADUN setia.
"Kerajaan PAS di Kelantan memerintah bertahun-tahun walaupun dengan hanya satu majoriti.
"Kalau ahli setia, kita akan bertahan dan insya-Allah kita berhasrat untuk bertahan," kata beliau selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia Ke-37 di sini hari ini. - Mstar
No comments:
Post a Comment