
Saya menerima email dari seorang sahabat yang tekun mengikuti perkembangan Drama Politik Perak 2008 dan beliau meminta saya memasukkannya ke dalam blog ini untuk bacaan para pencinta demokrasi di Malaysia
Hari ini memang telah tercipta satu sejarah. Sejarah yang tak mungkin boleh dilupakan rakyat. Sejarah yang tak mungkin boleh dilupakan Sultan Perak dan keturunannya. Sejarah yang tak boleh dilupakan oleh pemimpin2 UMNO Malaysia khususnya Perak. hanya kerana seorang manusia rakus yang menyebabkan segala cacian, makian, hinaan, cercaan, nistaan telah dilemparkan kepada Paduka Seri Sultan Perak. Belum pernah dalam sejarah rakyat sanggup menghentam seorang sultan yang berwibawa dan dihormati sebegini rupa. Moga ia menjadi pengajaran terbaik kepada semua yang masih memegang ‘title’ raja di Malaysia
Apakah faktor yang menyebabkan REVOLUSI RAKYAT ini takkan terhenti lagi selepas ini? Jawapan tertumpu kepada satu iaitu kerakusan insan yang bakal memegang tampuk negara satu hari nanti jika sempat ‘merampas kuasa’ dan ‘mandat’ yang diberikan rakyat kepada pakatan pembangkang yakni Pakatan Rakyat.
UMNO atau lebih tepat Najib yang cukup terdesak untuk memastikan kerusi yang bakal didudukinya menjelang akhir Mac ini tidak tergugat telah menggunakan segenap ruang yang ada untuk mendakap setinggi ‘penghormatan’ dari ‘rakyat’ dengan menjalankan misi mustahil pada ketika awalnya tetapi tiba-tiba sahaja menjadi nyata dan hakikat ini telah ‘dibantu’ secara tak sengaja oleh Sultan yang paling dihormati di Malaysia dengan pengalaman, ilmu pengetahuan dan kejayaan serta dikatakan juga sebagai Sultan yang paling berjiwa rakyat iaitu Sultan Perak, akan tetapi semua kehebatan dan ketinggian hormat rakyat Malaysia keseluruhannya telah mula pudar dek kerana ‘peranan’ yang dimainkan baginda dalam usaha menjayakan keterdesakkan Najib untuk ‘merampas kuasa’ rakyat dengan menggunakan pengaruh beliau sebagai Orang-Orang Kaya Indera Syahbandar Pahang.
Siapa mampu menafikan selain media pro BN dan penyokong-penyokongnya bahawa struktur politik Malaysia bakal mengalami perubahan dengan apa yang dipertontonkan hari ini menjadi ‘turning point’ kemusnahan sebuah empayar yang penuh gemilang berdekad-dekad lamanya khususnya di bawah pemerintah terdahulu.
Nyata, apa yang diramalkan ini mungkin berlaku dalam masa yang terdekat akibat kerakusan seorang yang tak sabar-sabar menantikan hari ‘naik takhta’ dengan menghancurkan keutuhan rapuh sebuah kerajaan yang mendapat undi dan majoriti popular rakyat sebuah negeri pada hari ini.
Walau apapun, kita mesti sabar untuk menantikan kelangsungan episod ‘Drama Politik Perak’ esok dengan berlangsungnya majlis angkat sumpah MB Perak yang baru. Terbayang wajah senyum yang diukir oleh ketiga-tiga ADUN Bebas yang menambah majoriti BN Perak seperti ada sesuatu yang dinantikan. Apa laba atau bala yang akan diterima mereka? Allah jua yang Maha Menentukan. Kalau inilah muqaddimah maka kita tunggu saat dan tikanya apa bentuk pembalasan yang bakal diterima oleh mereka yang berlaku khianat.
Maka benarlah Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).
http://perfectwater75.blogspot.com
* PR terpaksa ambil masa 2 minggu untuk lihat Ir. Nizar angkat sumpah sebagai MB tetapi BN cuma ambil masa kurang 24 jam utk zambry angkat sumpah jadi mb
No comments:
Post a Comment