07 February 2009

Krisis politik: Sultan Perak perlu guna kuasa simpanan


KUALA LUMPUR: Sultan Perak perlu menggunakan kuasa simpanan bagi menyelesaikan krisis politik yang kini melanda negeri itu.

Sehingga malam ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun jawatan itu kini secara rasminya telah disandang oleh Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir atas keyakinan yang beliau masih sah memegang jawatan itu di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Pensyarah kanan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kedudukan pada masa ini berada dalam keadaan Perlembagaan tidak 'berkata' apa-apa dan tidak menawarkan apa-apa bagi menangani krisis yang berlaku.

"Dalam kes seperti ini, Sultan perlu menggunakan kuasa-kuasa simpanan yang ada padanya. "Menang benar kuasa itu tidak termaktub dalam Perlembagaan tetapi dalam menangani krisis seperti ini Sultan mempunyai kuasa, katanya kepada Bernama, hari ini. Beliau menjelaskan, ada dua cara Sultan boleh bertindak dan satu daripadanya adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun tanpa nasihat seorang Menteri Besar.

"Satu cara lagi adalah Sultan membatalkan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan kemudian membubarkan dewan undangan negeri," katanya.

Beliau berkata, krisis itu boleh berlanjutan selama mana Mohammmad Nizar enggan untuk mengosongkan jawatannya yang boleh menimbulkan persoalan berhubung kesahan kerajaan baru.

Sementara itu, bekas Dekan Fakulti Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Tun Abdul Razak, Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid berkata, pemimpin yang matang tidak akan kembali ke zaman gasar semata-mata apabila berdepan dengan krisis. Sebaliknya, kata beliau, pemimpin yang bijaksana akan berpegang kepada prinsip-prinsip utama yang terkandung dalam Rukun Negara dan Perlembagaan dengan mengekalkan budaya tinggi dan halus ketika menyelesaikan krisis tersebut.

"Apa yang dimaksudkan sebagai budaya tinggi dan halus ini termasuklah taat setia kepada raja dan cinta kepada negara," katanya.

Menyifatkan situasi politik di Perak sebagai 'krisis kecil' dan sebahagian daripada proses kematangan politik tanah air, Dr Ibrahim berkata pada akhirnya hanya pemimpin yang sedemikian akan disanjung rakyat.

"Jika pemimpin dan pasukan pemimpin ini bijak, maka rakyat juga akan menjadi bijak, dan saya yakin semua pihak yang terlibat akan belajar sesuatu daripada krisis ini dan akhirnya menjadi lebih matang," katanya.

Bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Zainal Kling pula berpandangan, pembuat undang-undang yang tidak menghormati undang-undang tidak layak berada di dalam dewan yang menggubal undang-undang. "Sultan adalah pemerintah tertinggi sesebuah negeri, dan apa yang dilakukan Pakatan Rakyat ini kalau ikut budaya politik Melayu adalah satu penderhakaan yang tidak boleh diampun," katanya.

Beliau juga berpendapat golongan seperti itu wajar dihukum.

"Kita mesti menuntut mereka yang mengetepikan perintah diraja, adat-istiadat Dewan Undangan Negeri, yang memperlekeh raja, supaya dihukum.

"Barangkali dalam Perlembagaan tidak ada, tetapi daripada segi konvensyen dan istiadat perundangan orang-orang seperti ini mesti dihalang daripada hadir ke (persidangan) Dewan untuk tempoh tertentu," katanya.- Mstar

5 comments:

  1. mungkin prof ni boleh dengar penjelasan nizar dlm pc petang tadi.

    ReplyDelete
  2. Prof kangkong Keling ni bukan main lagi dia nak ampu sultan dan BN. He should be talking about the rule of law...not the law of the jungle

    ReplyDelete
  3. Kenapalah sultan tidak mahu mendengar rintihan majoriti rakyat...tidakkah tindakkan BN merampas kuasa seperti zionis itu dapat diterima oleh rakyat. kenapa tidak tunggu sehingga dun bersidang.Apakah sultan sudah tidak menghiraukan rakyat diperlakukan oleh polis seperti binatang.Apakah BN sudah kemaruk kuasa.tidakkah BN yg intelligence tidak membayangkan yg rakyat Perak akan bangkit menentang atau munkinkah BN sendiri yang mepunyai rancangan yang jahat untuk membuat huru-hara di perak...oh malaysiaku..ya allah aku pohon kepada mu tunjukkanlah kebenaran.

    ReplyDelete
  4. senang saja jawapan ni,pasai kerajaan pakatan kedekut,kalau kerajaan BN tak kedekut,

    ReplyDelete
  5. Dalam kemelut politik di negeri perak kita keliru mengapa Sultan Perak bertindak menyebelahi Parti UMNO tanpa mengira keadilan yang sepatutnya ditegakkan.

    Setelah dikaji dari beberapa sudut politik, maka kesimpulannya adalah UMNO takut menghadapi pilihanraya yang dicadangkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar.

    Pemimpin pro Najib telah mencadangkan cara songsang merampas kuasa diNegeri Perak. Akibatnya sultan yang sepatutnya bergembira dalam istanyanya kini diheret sama dalam kacah politik.

    Siapa yang patut disalahkan dalam hal rakyat menghina sultan, kalau bukan pemimpin UMNO yang diketuai oleh Najib Razak..?

    Siapa yang akan menangkap penderhaka sultan...? Mungkin Prof Datuk Dr Zainal Kling !

    Sultan suka diampu, disanjung dan disembah kerana itu sultan sangka UMNO mampu melakukannya, namun pilihannya telah menyebabkan sebahagian besar rakyat negeri perak telah menyumpahnya dari hujung rambut hingga kehujung kaki.

    Kali ini UMNO telah berjaya mengalihkan kebencian rakyat dari partinya kepada Sultan yang tegas tak bertempat !

    ReplyDelete