
MUNGKIN kalangan kita sudah mengetahui sebab-sebab kenapa tiga Adun jantan Jamaluddin Radzi dan Othman Jailu memberi sokongan kepada BN dan Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR hanya 10 hari sebelas malam kembali semula ke jelumun asalnya, Umno.
Membaca latar belakang dan sejarah mereka bertiga itu tidak menghairankan. Para tukang tilik juga dapat mengagak apa yang berlaku ke atas diri mereka hanya dengan sekilas menengok muka mereka.
Tetapi apa pula sebab musabab maka Adun betina (maaf wanita), Hee Yit Foon (foto) juga boleh bertindak meninggalkan partinya, DAP dan menyertai BN secara tektikal dengan mengumumkan diri sebagai bebas.
Selalunya ahli-ahli DAP dikenali sebagai parti yang berdisiplin dan berprinsip. Jangan sekali kita mendengar ada ahli DAP keluar parti apa lagi kalau keluar untuk memusnahkan kerajaan mereka atau pun kerana mengharapkan sedikit sisa untuk hidup. Sudah ada wakil rakyat DAP yang meninggalkan parti tetapi mereka tidak menyertai komponen kerajaan memberi sokongan sehingga membolehkan Umno tubuh kerajaan.
Hu Spang, Lim Lyam They adalah contoh klasiknya. Tetapi perbuatan mereka tidak sampai memusnahkan kerajaan yang sedang dilayar partinya, ataupun sampai merosakkan imej parti mereka. Mereka keluar secara terhormat dan penuh tanggungjawab.
Petang tadi saya bersembang dengan seorang rakan di rumah seorang bergelar Datuk yang mengetahui sedikit sebanyak latar belakang Adun betina berkenaan. Menurut rakan itu ianya soalnya kecil saja iaitu soal peribadi yang gagal ditangani oleh DAP Perak.
Ia dikatakan bermula apabila Adun bertina itu kecewa kerana tidak dilantik menjadi Exco. Beliau mendakwa sepatutnya beliau dilantik menjadi Exco kerana dia sudah 22 tahun menjadi ahli parti berkenaan. Beliau hanya dilantik menjadi timbalan speaker saja.
Menurut kawan itu jawatan timbalan speaker tidak memuaskan hatinya.
Rasa kecewa itu menjadi-jadi lagi apabila kerajaan Pakatan mengagihkan kereta Camry baru kepada para Exco tetapi beliau hanya diberikan Proton Perdana yang sering rosak cermin saja. Pengagihan itu beliau rasakan tidak adil dan menyebabkan marahnya semakin menjadi.
Selain daripada itu hubungan kurang baik Adun betina itu dengan salah seorang pemimpin DAP Perak juga menyebabkan kenapa Adun betina itu bertindak meninggalkan parti. Kemungkinan disebabkan masalah ini mudah bagi para broker untuk memujuk Adun betina ini meninggalkan DAP dan menjadi ahli bebas yang menyokong BN.
Mungkin apa yang beliau harapkan itu berjaya diperolehi, iaitu menjadi Exco dan mendapat kemudahan kereta Camry. Kalaulah itu yang menjadi matlamat hidup Adun betina ini maka wajarlah kalau dia meninggalkan DAP dan menunjukkan betapa naifnya perjuangan politik beliau. Bukan saja beliau sesiapa saja Adun yang meletakkan benda sebagai matlamat wajar meninggalkan parti kerana ia tidak akan menyusahkan rakyat. - Msomelayu
No comments:
Post a Comment