14 February 2009

Kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang boleh menyedarkan Raja, siapa pemimpin pilihan rakyat

Terjemah taat setia kepada raja menerusi pilihan raya kecil

KUANTAN 13 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO berharap pengundi di Bukit Gantang, Perak menterjemahkan taat setia mereka kepada raja menerusi pilihan raya kecil Parlimen kawasan tersebut pada 7 April ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, rakyat dan pengundi Bukit Gantang perlu membuat keputusan berdasarkan sokongan mereka terhadap konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

''Sokongan itu perlu terjemahkan dalam bentuk undi pada pilihan raya kecil DUN Bukit Gantang pada 7 April ini," katanya kepada pemberita pada majlis santai bersama Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau diadakan serentak pada 7 April ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, hari penamaan calon pula akan diadakan pada 29 Mac ini.

Khairy berkata, tarikh yang ditetapkan SPR itu dianggap adil kepada semua parti untuk membuat persiapan menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

''Pilihan raya kecil Bukit Gantang penting kerana kita hendak buktikan kemenangan Barisan Nasional (BN) boleh menjadi kemenangan moral selepas mengambil alih kuasa di Perak," katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment