14 February 2009

Tiga anggota JI ditahan ISA bebas

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Tiga ahli Jemaah Islamiah (JI) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 2001 dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak pagi ini

Ahli perniagaan, Suhaimi Mokhtar antara yang dibebaskan selepas ditahan pada 29 Disember 2001 dan dihantar ke kem berkenaan pada 22 Februari 2002.

Dua lagi ialah bekas jurutera elektrik, Zaini Zakaria yang dihantar ke kem tersebut pada 6 Februari 2003 dan ahli perniagaan, Mohd. Khider Kadran.

Mohd. Khider ditahan pada 11 Januari sebelum ditempatkan di kem terbabit pada 28 Februari 2004.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini mengesahkan pembebasan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Mereka dipercayai dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini sebelum dibebaskan.

Difahamkan mereka diwajibkan melaporkan diri ke balai polis berhampiran untuk memaklumkan mengetahui pergerakan harian masing-masing.

Mereka juga tidak dibenarkan meninggalkan daerah tanpa kebenaran bertulis.

No comments:

Post a Comment