SHAH ALAM – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang menafikan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat tidak muncul pada sidang akhbar yang sepatutnya diadakan di dua lokasi berasingan semalam.
ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu pada mulanya dikatakan akan tampil di khalayak umum selepas ‘hilang’ sejak Isnin lalu. Dia tidak muncul selepas kira-kira dua jam para pemberita menunggunya di sebuah hotel di sini.
Sebaliknya, beliau menghantar wakil, Puzi Ghazali yang mendakwa wakil rakyat terbabit tidak dapat hadir kerana batuk dan demam.
“YB akan tampil memberikan sidang akhbar dalam sehari dua ini,” katanya.
Puzi kemudian mengedarkan dan membacakan kenyataan akhbar Mohd. Osman yang sekali lagi menafikan kononnya beliau melepaskan jawatan ADUN seperti yang diisytiharkan oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar.
Bagaimanapun, kenyataan enam perenggan itu hanya menyatakan ADUN itu masih sah sebagai wakil rakyat tanpa menyebut sama ada masih kekal sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
No comments:
Post a Comment