03 January 2009

Siasatan pesta seks dikendali Jabatan Narkotik

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Siasatan terhadap 26 orang termasuk seorang penyampai berita dan pelakon wanita yang ditahan dalam pesta seks, dadah dan arak di sebuah bilik hotel Jalan P. Ramlee awal pagi semalam telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Ketua JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, kesemua mereka termasuk lapan wanita yang berusia antara 18 hingga 31 tahun itu kini ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan polis berhubung pemilikan sejumlah pil ekstasi, syabu, kokain dan ketamin yang ditemui ketika serbuan.

Menurut beliau, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Separuh bogel

"Sembilan daripada 26 yang ditahan termasuk penyampai berita serta pelakon wanita sambilan yang juga penulis skrip sebelum ini didapati positif dadah jenis ketamin dan ekstasi menerusi ujian saringan air kencing pertama.

"Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah ketika dihubungi berkata, siasatan pihaknya mendapati kesemua mereka bebas dari sebarang tuduhan berkaitan seks.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 pagi semalam di tingkat 11 hotel terbabit, turut ditahan ialah sepasang suami isteri dan seorang penuntut kolej swasta lelaki yang dipercayai dalang dan pembekal dadah untuk pesta berkenaan.

Difahamkan, ia dianjurkan sempena sambutan Tahun Baru 2009 menerusi jemputan khas dalam laman web 'friendster'.

Ketika serbuan, segelintir daripadanya dipercayai dalam keadaan mabuk dan khayal dan ada juga di antara mereka dalam keadaan separuh bogel. - Utusan

No comments:

Post a Comment