
PUTRAJAYA 5 Jan. — Pembaharuan kontrak angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) belum diputuskan sementara menunggu satu hasil siasatan terhadap beliau selesai dibuat.
Menteri berkenaan, Datuk Dr Maximus Ongkili berkata, setakat ini Sheikh Muszaphar masih belum memberikan keterangan terhadap siasatan itu dengan satu tarikh sedang ditentukan untuk beliau memberi keterangan.
Angkasawan pertama negara itu telah didakwa mengenakan bayaran sehingga RM8,000 sejam untuk sesi ceramahnya, sehingga dapat mengumpul pendapatan berjumlah RM1.2 juta daripada hasil ceramahnya itu.
Sehubunga dengan dakwaan itu sebuah panel khas telah dilantik oleh kementerian tersebut bagi menyiasat perkara berkenaan.
Sheikh Muszaphar sebelum ini dilaporkan akan memberi keterangan kepada panel tersebut hari ini.- Bernama
No comments:
Post a Comment