05 January 2009

Hadiah RM1 juta untuk tokoh Maal Hijrah


KUALA TERENGGANU 5 Jan. — Tokoh Maal Hijrah untuk tahun ini berpeluang memperoleh hadiah bernilai RM1 juta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, ia bertujuan untuk mengangkat martabat agama Islam selain memberikan penghargaan kepada pemenang.

“Walaupun hadiah bukanlah satu keutamaan, tetapi ia untuk menghargai ulama yang kalau dibandingkan, sumbangannya lebih besar berbanding penyanyi. Kalau tahun lepas kita berikan RM100,000 kepada mereka yang dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah, tahun ini sekiranya kita mempunyai penaja, Insya-Allah kita mungkin akan berikan mereka RM1 juta.

“Kalau penyanyi atau ahli sukan boleh mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat, kenapa tidak boleh ia diberikan kepada ulama.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) umpamanya juga boleh jadi penaja,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Terengganu di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment