SETELAH rasmi calon Pas yang akan berhadapan dengan Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihan raya kecil Kuala Tereengganu 17 Januari depan, tumpuan kini bagi Pas ialah menggerakkan jentera pilihan raya. Pas perlu pantas dan bekerja berlipat ganda kerana BN telah menggerakkan jentera mereka sejak seminggu lalu.
Wan Farid sudah lengguh betis dan paha naik turun rumah orang miskin dan masuk ke tempat awam. Walaupun jentera Pas sudah dihidupkan namun ia belum digerakkan kerena driver (calon) belum diumumkan.
Selepas Mohd Abdul Wahid Endut diumumkan malam tadi kini jentera Pas boleh bergerak dengan calon berada di atasnya. Tutuplah macam-macam cerita yang kedengaran sebelum ini. Pengumuman Abdul Wahid itu menjadi penawar kepada semua mereka yang merasa sakit kerana orang yang masing-masing cuba ditonjolkan tidak terpilih.
Seperti umum ketahui sebelum ini ada beberapa nama ditimbulkan oleh penyokong masing-masing untuk diletakkan bertanding. Semuanya hebat-hebat dan berkarisma belaka. Bermula dengan nama Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu yang disebut awal-awal oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri.
Mohamad Sabu bagaimana pun ditolak atas alasan beliau bukan anak tempatan. Penolakan itu dikira logik kerana pilihan raya kecil berbeza dengan pilihan raya umum. Seiringan dengan nama Mohamad Sabu itu timbul nama Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Batu Buruk. Satu masa nama Syed Azman memuncul seperti nama Barack Obama di Amerika. Nama ini meletup-letup bukan saja di Terengganu tetapi sampai ke Singapura. Seolah-olah Syed Azman dapat menjamin kemenangan Pas.
Baca selanjutnya...
No comments:
Post a Comment