KUANTAN: Sekumpulan lima remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikesan memilih cara yang menjijikkan menyambut malam tahun baru apabila menjadikan seorang gadis berusia 16 tahun sebagai ‘lauk’ untuk kenduri berzina di sebuah hotel bajet di Jalan Besar, di sini.
Perbuatan terkutuk mereka dikesan sepasukan penguat kuasa agama yang membuat serbuan dalam operasi mencegah maksiat mulai jam 6 pagi di hotel murah sekitar bandar.
Difahamkan, kumpulan remaja terbabit berasal dari Kuantan menginap di hotel berkenaan selepas meraikan sambutan tahun baru di bandar ini.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam (Jaip), Badaruddin Ahmad Bustami, berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia semuda itu sanggup menggadai maruah dengan berzina dengan ramai lelaki tanpa memikirkan risiko.
“Mereka hanya memikirkan keseronokan, tanpa mengetahui kesan buruk pada masa akan datang berikutan usia masing-masing masih belasan tahun.
“Antara faktor yang menarik minat seseorang terjerumus ke lembah maksiat disebabkan mereka mahu mencuba sesuatu yang baru serta kekurangan akidah agama,” katanya.
Dalam serbuan di beberapa hotel di Jalan Besar, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Bukit Ubi, seramai 56 pesalah jenayah syariah termasuk 24 pasangan berusia 15 hingga 40-an dicekup kerana disyaki berkhalwat. - Hmetro
* Hanya hukum Islam boleh menyelesaikan persoalan zina
No comments:
Post a Comment