WASHINGTON 22 Dis - Salji dan cuaca sejuk terus menyelubungi timur laut Amerika Syarikat (AS) menyebabkan sistem pengangkutan termasuk jalan raya utama di kawasan itu berbahaya untuk digunakan.
Pemandu-pemandu jalan raya dijangka berhadapan dengan keadaan jalan licin serta boleh menyebabkan kemalangan maut.
Menurut Pusat Pentadbiran Cuaca Kebangsaan berkata, beberapa jalan raya masih diselimuti kabus tebal, dengan salji dan hujan dijangka turun hingga lewat hari ini.
Jabatan itu, bagaimanapun, menjangka keadaan cuaca akan beransur baik dalam masa beberapa hari lagi.
Katanya, ribut salji itu mencatat suhu negatif 17 darjah Celsius sehingga negatif 12 darjah Celsius di bawah paras beku.
Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa di San Francisco, California; Houston, Texas; Boston, Massachusetts; New Jersey dan New York turut menangguhkan selama dua jam semua penerbangan akibat salji tebal.
Pejabat-pejabat kerajaan juga terpaksa ditutup terutama di Massachussets
Ia adalah ribut salji pertama dalam musim ini dan dijangka turun setebal enam inci. - Utusan
* Leceh sikit nak guna kereta sebab kena bersihkan snow. Sekali sekala seronoklah juga, tapi...
No comments:
Post a Comment