23 December 2008

Wanita dicampak dari kereta

PETALING JAYA - Seorang peniaga mengejar penjenayah yang melarikan isterinya tetapi tidak menyangka akan menyaksikan orang kesayangannya berguling-guling di atas jalan selepas dicampak dari kereta di Sunway Mentari di sini kelmarin.

Kejadian mencemaskan itu berlaku pukul 11.57 malam ketika peniaga berusia dalam lingkungan 30-an tersebut didatangi seorang lelaki bersenjatakan parang ketika dia berhenti untuk membeli barang di sebuah kedai serbaneka di situ.

Satu sumber berkata, ketika peniaga itu baru sahaja keluar dari kereta Mercedes E200 yang tidak dimatikan enjin tiba-tiba seorang lelaki telah menolaknya.

Lelaki itu kemudiannya terus masuk ke dalam kereta dan memandu kenderaan tersebut tanpa menyedari isteri peniaga itu berada di dalam kereta itu.

Difahamkan, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an telah datang ke situ dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih.

"Sebaik bangun, peniaga itu terus memandu kereta MyVi yang ditinggalkan lelaki tersebut bersama kunci dan mengejar suspek bagi menyelamatkan isterinya. - Kosmo

* Walaupun sudah bosan dan tidak yakin dengan kereta tempatan Myvi, janganlah tukar cara begini. Tahulah polis tidak mampu tangkap kamu sebab sibuk tangkap budak - budak 'jerit'.

No comments:

Post a Comment