27 December 2008

Pakistan batal cuti tentera, ketegangan dengan India meningkat

NEW DELHI/ISLAMABAD: Pakistan hari ini membatalkan cuti semua anggota tenteranya, termasuk memanggil semula anggota berikutan kemungkinan meningkatnya ketegangan negara itu dengan India.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat menuntut kedua-dua negara berjiran itu untuk mengelak daripada tercetuskan pertelingkahan, selepas India secara terbuka menyalahkan militan Islam yang berpangkalan di Pakistan sebagai kumpulan bertanggungjawab ke atas serangan di Mumbai, bulan lalu yang menyebabkan 179 orang terkorban.

Laporan media di Pakistan dan India menyebut, 'beberapa' warga India sudah ditahan sejak dua hari lalu selepas kejadian letupan bom di dua bandar di Pakistan - Lahore dan Multan.

Kementerian Luar di New Delhi pula memberi amaran kepada warga India semalam bahawa keadaan tidak selamat sekiranya mereka melawat Pakistan.

Perdana Menteri, Manmohan Singh sebelum ini dilaporkan ada membincangkan isu ketegangan dengan Pakistan ketika perjumpaannya dengan ketua tentera darat, laut dan udara. - Reuters

No comments:

Post a Comment