20 December 2008

Curi 5 batang besi dipenjara dua bulan

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap seorang penganggur selepas disabitkan kesalahan mencuri lima batang besi perancah bernilai RM100 milik sebuah hospital swasta, dua bulan lalu.

Majistret Nazran Mohd. Sham memutuskan hukuman tersebut selepas Chai Kau Leong, 29, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Nazran memerintahkan hukuman ke atas Kau Leong bermula dari tarikh tangkapan, 14 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Kia Peng, di sini kira-kira pukul 8.45 malam, Oktober lalu.

Berdasarkan fakta kes, dia bersama seorang lagi suspek yang masih bebas sedang memunggah besi dari dalam hospital berkenaan untuk dibawa keluar.

Ketika kejadian, seorang polis bantuan yang sedang meronda di kawasan berkenaan terlihat kejadian berkenaan dan cuba untuk memberkas kedua-dua suspek tersebut tetapi seorang daripada mereka berjaya melarikan diri.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Shamsul Akma Basiron.

Sebelum ini, Kau Leong pernah disabitkan dengan lima kesalahan lampau melibatkan pelbagai jenis kesalahan yang berbeza. - Utusan

* Jika begini ringan hukuman pencuri, jangan haraplah selesai masalah, bahkan akan bertambah ramai lagi akan mencuri.

No comments:

Post a Comment