KUALA LUMPUR 6 Nov. – Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mengesahkan kontrak perkhidmatannya yang tamat esok tidak disambung.
Rafiah ketika dihubungi memberitahu telah menerima satu panggilan telefon daripada pihak universiti yang memaklumkan perkara tersebut.
``Namun, saya tidak diberitahu sebab (kontrak) tidak disambung.
``Saya hanya dimaklumkan bahawa saya tidak akan disambung kontrak sahaja,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Rafiah dilantik sebagai Naib Canselor UM pada 1 Mei 2006. – Utusan.
No comments:
Post a Comment