SHAH ALAM 6 Nov. – Seramai 67 individu termasuk empat wanita dikompaun kerana merokok di kawasan larangan dalam operasi Jabatan Kesihatan di tiga kompleks beli-belah di sini hari ini.
Sehubungan itu, ada yang marah-marah dan sanggup bertikam lidah dengan Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) yang bertugas mengeluarkan notis kompaun terhadap mereka, kerana mendakwa tidak tahu-menahu mengenai larangan itu sehingga terpaksa mendapatkan bantuan anggota polis.
Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang operasi tujuh jam yang berakhir pukul 6 petang di sekitar Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Plaza Alam Sentral dan Kompleks SACC itu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Dr. Rosnah Hadis berkata, operasi kali pertama itu dijalankan selepas peraturan baru larangan merokok di kompleks beli-belah dikuatkuasakan pada 15 September lalu. – Utusan.
No comments:
Post a Comment