KUALA LUMPUR 6 Nov. - Dua ahli Parlimen pembangkang hari ini diperintah keluar dari sidang Dewan Rakyat selepas membantah keputusan Yang Dipertua, Tan Sri
Pandikar Amin Mulia.
Ahli Parlimen terlibat ialah Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dan Chong Chien Jen (DAP-Bandar Kuching).
Po Kuan sebelum itu membuat bantahan dan mempertikaikan Pandikar Amin kerana tidak memberi peluang kepadanya untuk bangun mencelah bagi mendapat penjelasan atau berbahas.
Pandikar Amin menjelaskan, beliau tidak nampak Po Kuan sebelum itu bagaimanapun Ahli Parlimen Batu Gajah tersebut terus mempertikaikan tindakan berkenaan sehingga Yang Dipertua mengeluarkan arahan agar beliau dikeluarkan.
Chien Jen pula mempertikaikan keputusan Pandikar Amin memerintah Po Kuan keluar dan ekoran itu beliau juga diperintah keluar. - Utusan
No comments:
Post a Comment