11 November 2008

'Boleh batal habeas corpus'

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini semalam membenarkan permohonan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin yang dibebaskan daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Jumaat lalu untuk menarik balik permohonan habeas corpus yang difailkannya pada 16 September lalu bagi dibebaskan daripada ISA.

Hakim Suraya Othman membuat keputusan itu selepas mendapati kes berkenaan menjadi akademik selain keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang sudah membebaskan dan melepaskan penulis blog itu daripada tahanan ISA.

Beliau juga membenarkan Raja Petra mengambil tindakan sivil berhubung penahanannya jika mahu berbuat demikian.

Permohonan itu dibuat peguam, Malek Imtiaz Sarwar yang mewakili Raja Petra.

Raja Petra memfailkan permohonan habeas corpus pada 16 September lalu atas alasan penahanannya tidak mengikut undang-undang dan tindakan Menteri Dalam Negeri itu melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Najib Zakaria berkata Kementerian Dalam Negeri dan Pusat Tahanan Kamunting tidak membantah permohonan Raja Petra itu.

Raja Petra, 58, memfailkan permohonan habeas corpus pada 16 September lalu atas alasan penahanannya tidak mengikut undang-undang dan tindakan Menteri Dalam Negeri itu melanggar Perlembagaan Persekutuan. - Bharian

No comments:

Post a Comment