22 November 2008

Baca Malaysiakini dari telefon bimbit | Malaysiakini

Ingin mengetahui perkembangan berita semasa? Muat-turun Mobilekini ke dalam telefon bimbit anda untuk mengakses Malaysiakini dengan cepat dan mudah.

Mobilekini adalah aplikasi-janaan-Java yang digunakan untuk membawa berita, surat dan pendapat di Malaysiakini dalam empat bahasa - Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

"Kami percaya menjadi orang pertama di Malaysia dan mungkin di rantau ini yang menawarkan aplikasi bergerak dalam empat bahasa yang membawa pengalaman internet sepenuhnya ke telefon bimbit," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.

Mobilekini boleh berfungsi di hampir kesemua telefon bimbit dengan penjanaan-Java dan boleh dimuat-turun dengan menghantar SMS dengan perkataan "mk" kepada 32577.

Pelanggan Malaysiakini sekarang akan boleh membaca kesemua kandungannya manakala bukan pelanggan akan ditawarkan peluang mencubanya selama 30 hari secara percuma.

Selepas tamat tempoh 30 hari percubaan itu, pengguna yang belum melanggannya, hanya dihad membaca ringkasan berita-berita terpilih sahaja.

Mobilekini juga memboleh pengguna menghantar ringkasan berita Malaysiakini secara mudah kepada rakan dan sanak saudara mereka.

"Dalam masa terdekat ini, ciri-ciri yang lebih menarik lagi akan diperkenalkan oleh Mobilekini seperti menghantar komen mengenai berita-berita yang disiarkan, mengundi dalam ruangan pendapat pembaca dan banyak lagi," tambah Premesh.

Untuk pengiklan

Bagi pengiklan pula, Mobilekini dapat membantu mereka memastikan iklan mereka sampai kepada sasaran di lokasi-lokasi khusus.

Mobilekini dimajukan oleh Murasu Communications Sdn Bhd, yang merupakan penerima Anugerah Cemerlang ICT Malaysia tahun 2005.

Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Malaysiakini dalam teknologi ini. Ia adalah yang terbaik di segi pengurusan bahasa, fungsi dan kelajuannya," kata pengasas dan Arkitek Teknologinya, Muthu Nedumaran.

Manakala Premesh pula berkata, melalui kerjasama dengan Murasu Communications, Malaysiakini merancang untuk menjadi pendahulu dalam dunia perkhidmatan bergerak, sepertimana kejayaannya dalam dunia Internet.

Mobilekini telah dilancarkan tengahari ini di Go Mobile Expo di PWTC di kiosk 164

No comments:

Post a Comment