KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga asing dipercayai suspek kes pembunuhan sepasang suami isteri pada 21 Ogos lalu di Klang, ditembak mati oleh polis di Kampung Tengah, Batu 13 di sini tengah hari ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua suspek berusia 30-an itu yang dipercayai pembunuh upahan, ditembak ketika berbalas tembakan dengan anggota polis kira-kira 12.20 tengah hari.
“Ekoran daripada siasatan kes pembunuhan di Klang, kita dapat mengesan suspek di kawasan ini dan terserempak dengan mereka yang menunggang sebuah motosikal.
“Anggota kita sudah mengarahkan mereka berhenti, sebaliknya mereka melepaskan tiga das tembakan ke arah polis menyebabkan polis membalas tembakan dan mengenai salah seorang suspek,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Khalid berkata seorang lagi suspek cuba menyerang polis dengan sebilah parang menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. metro
No comments:
Post a Comment