BANGKOK: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand mengarahkan supaya krim kraker “Omodo” buatan Malaysia ditarik balik dari pasaran selepas mendapati ia mengandungi paras melamin berlebihan.
Ini adalah produk kedua dari Malaysia yang diharamkan. Pada 21 Oktober lalu, FDA mengharamkan krim kraker Julie’s yang dikeluarkan di Melaka.
Ketua setiausaha FDA Dr Phipat Yingseri berkata, kraker Omodo mengandungi 6.08 milligram per kilogram melamin, melebihi paras dibenarkan 2.5 ml/kg.
Produk itu diimport oleh Markin International (Thailand) yang berpejabat di bandaraya Sungai Golok, Narathiwat.
Menurut beliau, 68 produk diambil secara rambang untuk ujian dan mereka menemui kandungan melamin berlebihan dalam produk dari Malaysia itu.
Seperti negara-negara lain, Thailand mengharamkan produk tenusu dari China selepas tersebar berita bahawa produk dari negara itu mengandungi tahap melamin yang tinggi yang biasanya digunakan dalam racun serangga dan pembuatan barang plastik. - Bernama
No comments:
Post a Comment