25 October 2008

Ibu dan abang Jennifer Hudson dibunuh ~ Utusan

CHICAGO 25 Okt. – Ibu dan abang kepada aktres yang memenangi hadiah Oscar, Jennifer Hudson ditemui mati ditembak di kediaman mereka di sini semalam.

Mayat Darnell Donnerson, 57, dan anaknya, Jason Hudson, 29, ditemui sekitar 3 petang semalam (3 pagi ini waktu Malaysia) di rumah Donnerson di kawasan kediaman Englewood di bandar raya ini.

Polis berkata, pembunuhan itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan keluarga.

Pihak berkuasa sedang mencari seorang kanak-kanak lelaki, Julian King, 7, yang dipercayai diculik selepas pembunuhan tersebut.

Laporan media mengenal pasti budak itu sebagai cucu Donnerson dan anak saudara Hudson.

Polis mengenal pasti seorang lelaki, William Balfour sebagai suspek dalam kejadian itu.

Jennifer Hudson, 27, melonjakkan namanya semasa menyertai rancangan televisyen realiti, American Idol.

Pada 2007 aktres itu memenangi hadiah Oscar sebagai pelakon pembantu wanita terbaik dalam filem Dreamgirls yang turut dibintangi oleh Beyonce dan Jamie Foxx.

* Polis kena belajar bagaimana polis US bekerja

No comments:

Post a Comment