25 October 2008

Jacko buat kejutan ~ Kosmo

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Michael Jackson memberikan senyuman yang jarang dilakukan ketika berada di Beverly Hills, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Senyuman itu menyebabkan seorang paparazi menjadi terkejut manakala sejumlah jurugambar lain bergegas merakamkan gambar Michael kelmarin.

Penyanyi itu yang pernah menyanyikan lagu Beat It mengunjungi sebuah kedai di Beverly Hills bersama beberapa pengawal peribadi.

Michael yang turut terkenal dengan jolokan Jacko membeli sebuah model kapal terbang.

Sebelum ini, penyanyi yang berusia 50 tahun itu dan menghadapi masalah kewangan tidak pernah muncul di khalayak ramai sejak beberbulan-bulan lalu.

Jacko dilaporkan sedang terlibat dalam projek bagi membolehkan dia kembali muncul dalam industri nyanyian.

Kerjaya penyanyi itu sebelum ini terhenti selepas dia dituduh dalam kes mendera kanak-kanak pada 2003.

Bagaimanapun, Jacko kemudian dibebaskan daripada tuduhan itu sebelum menjadi seorang penyendiri.

No comments:

Post a Comment