09 October 2008

Dollah dibunuh Brutus ~ Roslan SMS

Nampaknya ramai ahli nujum kemam bibir dan membisu apabila Dollah Badawi mengumumkan secara resmi tidak akan menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan Presiden Umno hujung tahun ini, semalam. Sebelum ini ramai meramalkan yang Dollah akan terus terjun kegelanggang mempertahankan jawatannya walaupun beliau dijangka menghadapi laluan yang sukar kali ini.

Ada yang meramalkan Dollah akan bertindak mengambil tindakan ke atas penentang-penentangnya, ada yang meramalkan Dollah akan bekerjasama dengan Ku Li, ada yang meramalkan entah macam-macam lagi kesimpulannya memang politik Malaysia pasca PRU ke 12 ini semakin sukar dibaca dan semakin mengakibatkan orang hilang kepercayaan kepada peramal-peramal atau penganlisa politik tak kiralah yang professional atau yang buat-buat macam professional.

Presiden PAS umpamanya lebih gemar menunggu dan melihat perkembangan selanjutnya. Kata Tuan Guru terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan. Kesimpulannya memang politik Malaysia gawat.

Tidak pernah dalam sejarah politik Malaysia, sekurang-kurangnya sejarah Umno, Presidennya yang juga PM dicampak keluar oleh kalangan orang-orang kanannya sendiri, tetapi berlaku dizaman Dollah. Sungguh malang bagi Dollah mewarisi kerajaan Tun Dr M, apa yang disangkanya akan menjadi era cemerlang, gemilang dan terbilang rupanya racun bagi beliau yang akhirnya menjadi Presiden dan PM Umno yang pertama (mungkin yang terakhir) dibunuh karier politiknya oleh Brutus-Brutus Melayu yang menikam dari belakang sebagaimana dizaman Ceasar dahulu.

Tetapi benar apa pun mungkin berlaku selepas ini. Apa pun biarlah ianya berlaku dalam keadaan tenang dan tidak menjejaskan kestabilan Negara dan masadepan rakyat. Selamat jalan Dollah yang merelakan diri ditikam demi Umno, panjangkah usia Umno selepas ini?

No comments:

Post a Comment