KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) kini bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - dijangka turut mengumumkan pendiriannya sama ada mempertahankan jawatan Presiden Umno ataupun sebaliknya.Mesyuarat bermula pukul 3.45 petang.
Persidangan perwakilan bahagian Umno bermula esok.
Dalam pada itu, Menara Dato' Onn yang menempatkan Ibu Pejabat Umno menjadi tumpuan dengan kawasan pekarangan premis itu sudah sesak dengan orang ramai yang menanti pendirian Abdullah.
Penyokong-penyokong Abdullah berkumpul di pekarangan Menara Dato' Onn dengan membawa sepanduk tertera mesej "Hormati Peralihan Kuasa, Elakkan Perpecahan Lagi" sambil melaungkan "Hidup Pak Lah".
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tiba pukul 3.25 petang.
Abdullah tiba 10 minit kemudian untuk mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, yang disusuli dengan laungan "Hidup Pak Lah" dan "Pak Lah Presiden, Najib Timbalan".
Abdullah akan memperjelaskan pemimpian komponen BN tentang pelan peralihan kuasa beliau dengan Najib.
No comments:
Post a Comment