Aku terpanggil untuk membuat sedikit penilaian tentang cerpen 'sial' karya Chamil Warya yang di siarkan di dalam Mingguan Malaysia. Kebebasan berkarya memang lah harus di puji tapi biarlah kena pada tempat dan ketika.
Menurut Dinsman, di dalam Malaysiakini, karya tersebut dikira berjaya kerana ianya mendapat perhatian di dalam Parlimen. Itu pendapatnya. Tapi ia bukan isu sebenar perbincangan. Apa yang cuba di pertikaikan adalah, cerpen itu mengandungi unsur unsur hasutan dan perkauman yang tidak harus di sentuh di dalam sebuah negara majmuk seperti di Malaysia. Tambah tambah lagi keadaan dan jalan cerita cerpen tersebut seolah olah merujuk kepada YB Teressa kok di dalam kejadian nya sebelum ini. Dan kerana ianya terlalu mirip, maka pembaca dengan mudah mengaitkan cerpen itu dengan YB tersebut.
Di dalam cerpen itu. Charmil Warya turut menyertakan beberapa nama yang di kira sensitif perkauman termasuk ...
Dewan Perhimpunan Warga Cha [merujuk kepada Dewan Perhimpunan Warga Cina]
anti- Melayu, anti-Islam
Parti Orang Melayu,
Parti Orang Islam (POI) dan
Parti Orang Cina (POC)
Turut terkandung di dalam cerpen yang di katakan fiksyen itu adalah nama nama 'benar' yang terdapat di negara ini, juga yang mempunyai sejarah perkaumannya dan keganasan nya tersendiri, yakni,
Perkara 5 hingga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan [Kebebasan Asasi]
Negara Kuku [lagu Namewee, yang gagal di tangani oleh Kerajaan]
Operasi Lalang
Buletin Utama di TV3
13 Mei 1969
Tunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak.
Malaysia baru.
Utusan Malaysia
Merujuk kepada cerpen tersebut, seolah olah, penciptanya berhasrat cuba untuk memaksa pembaca memikir tentang keadaan di negara ini. Perbalahan kaum dan Ianya diterjemahkan di dalam bentuk anti-Islam dan Melayu oleh parti POC (Parti Orang Cina). Untuk mengelakkan dari ianya dilihat hampir benar kepada keadaan, maka beberapa nama di tukar. Termasuk nama YB itu sendiri dan juga nama Parti politiknya. Selain dari itu, ianya menggunakan nama yang sudah ada.
Meneliti semua ini, bagaikan cerpen ini di cipta atas beberapa tujuan. Antaranya,
Mengugut bunuh kepada pemimpin yang anti kepada Islam atau Melayu,
Melepaskan geram kerana tindakan seseorang itu menyaman akhbar Utusan Malaysia,
Menimbulkan kebencian kaum antara Melayu dan Cina, atau
Menolak cita cita sesetengah pihak untuk menjadikan 3 parti perkauman kepada 1 parti sahaja.
Apa apa pun ... adalah nyata untuk mengklasifikasikan satu satu cerita itu sebagai cerpen atau hasutan, bergantung kepada siapa yang hasilkan cerita tersebut.
Kalau ianya di cipta dari seseorang yang datangnya dari pihak Kerajaan, sudah pasti ianya adalah cerita fiksyen, manakala kalau ianya di hasilkan oleh pihak pembangkang, ia akan menjadi hasutan.
Kita bukan tak biasa.
Tapi ... esok DAP akan buat lapuran polis tentang artikel ini yang secara terang terangan di siarkan di dalam akhbar edaran seluruh negara. Pada saya .... cerpen ini boleh di kategorikan sebagai MENGHASUT dan sepatutnya tidak harus di siarkan di dalam mana mana akhbar dan ianya boleh mencetuskan rasa tidak puas hati sebelah pihak lagi sehingga tindak balas yang sama berlaku sehingga keadaan menjadi panas. Kalau Pihak kerajaan tidak mengambil tindakan, kita tahu apa agenda sebenar cerpen ini di keluarkan.
No comments:
Post a Comment