KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pelbagai pihak menyokong tindakan kerajaan mengisytiharkan Hindu Rights Actions Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.
Mereka menyifatkan pengisytiharan itu sebagai sebagai sesuatu yang tepat pada masanya setelah pelbagai kegiatan yang didalangi pertubuhan itu dilihat memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam.
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia Tajudin Ahmad berkata Hindraf perlu didaftarkan secara rasmi sebelum boleh bergerak sebagai sebuah pertubuhan.
"Selama ini Hindraf bergerak tanpa didaftarkan secara sah, tindakan pengharaman itu sekurang-kurangnya dapat melumpuhkan mereka dan memberi panduan kepada NGO lain yang masih belum berdaftar tetapi sudah menjalankan kegiatan mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tajudin juga mengesyorkan Hindraf mengambil pendekatan berbincang dengan kerajaan pada satu pertemuan bagi menyelesaikan masalah mereka dan bukannya menimbulkan kekacauan seperti yang berlaku pada Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi awal bulan lalu.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al Habshee berkata pengumuman itu menampakkan ketegasan kerajaan bagi mengawal mana-mana pertubuhan yang tidak diiktiraf di negara ini.
"Dari dulu kita nampak Hindraf sering buat huru-hara, perkara itu (pengharaman) sepatutnya dilakukan sejak dari dulu lagi," katanya.
Beliau berkata pertubuhan yang kononnya memperjuangkan nasib sesuatu kaum seperti itu tidak diperlukan kerana kerajaan hari ini sentiasa memberi layanan sama rata kepada semua kaum.
Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula berkata tindakan pengharaman juga satu langkah yang baik walaupun agak sedikit terlewat.
"Kerajaan bukan nak halang pertubuhan diwujudkan oleh mana-mana kaum, tetapi ia mesti bergerak secara halal iaitu berdaftar dan laporan perlu diberi kepada menteri berkenaan.
"Hindraf sudah bergerak sejak 1990-an tetapi tidak pernah didaftarkan secara sah, jadi ia tidak dapat lagi bergerak untuk menghasut rakyat berikutan pengharaman itu," katanya.
Mohd Khir turut menasihatkan pengikut Hindraf memikirkan semula tindakan mereka dan seterusnya keluar dari pertubuhan haram itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini mengisytiharan bahawa Hindraf diharamkan berkuatkuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak.
Syed Hamid berkata Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
Permohonan itu, katanya, belum diluluskan tetapi pertubuhan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.
-- BERNAMA
* Ramai juga tidak setuju dan menganggap ini tindakan politik kotor
Not sure if this ban make sense as HINDRAF is not a legal organisation in the first place.
ReplyDeleteAs a moderate Indian Malaysian, I don’t agree or support HINDRAF (maybe one of the few Indian who do not support HINDRAF in Malaysia).
No, I’m not a BN Supporter. How many have actually read their memorandum, speeches or attended their gatherings?
The approach, writing and rhetorics incites hatred towards others. They are another organisation hiding behind race, religion, temples and schools. Most of their arguements are flimsy and does not make much sense.
For alternative views on HINDRAF, from a Indian Malaysian point of view, , please visit
http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/
(AUg/Sept/Oct Archive)