KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Tujuh belas nyawa terkorban hari Ahad, menjadikan sehingga kini 48 orang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara sejak Ops Sikap ke-18 dilancarkan pada 24 Okt lepas sempena sambutan Deepavali.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, SAC II Abd Aziz Yusof dalam satu kenyataan berkata penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan sembilan orang.
Beliau berkata ia diikuti dengan pemandu serta penumpang kereta (enam), manakala pejalan kaki dan penunggang basikal masing-masing mencatatkan satu kematian.
Menurutnya 3,010 kes kemalangan dicatatkan di seluruh negara semalam dengan tiga kemalangan maut dicatatkan di lebuh raya, empat di jalan persekutuan, empat di jalan negeri, lima di jalan bandaran dan satu di jalan-jalan lain.
Katanya polis akan meningkatkan lagi pemantauan di kawasan yang sering berlaku kemalangan di seluruh negara sempena ops ini yang akan berakhir 29 Okt ini.
Setakat ini 17,645 saman dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan trafik. ~ Bernama
* Rakyat US beratus kali ganda, tp jarang sekali mereka guna motosikal. Jika guna pun yang besar. Negara duit berbillion, rakyat baru 27 juta. Setiap hari rakyat mati katak. Angka kematian di Iraq pun tidak setinggi ini.
No comments:
Post a Comment