Tidak ada undang-undang larang pindah parti - Zaid Ibrahim
KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER (SK) - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim mengatakan bahawa tiada undang-undang yang menyekat atau melarang mana-mana ahli Parlimen berpindah parti.
Zaid berkata bahawa sebelum ini ada usul yang meminta supaya menguatkuasakan undang-undang larang pindah parti tetapi tidak ada siapa yang menyahut.
“Dulu saya pernah mencadangkan supaya buat undang-undang ini tetapi tidak ada siapa yang mahu,” katanya ketika sidang media Hari Persidangan Hak Asasi Manusia di salah sebuah hotel pagi ini.
Dalam perbentangan Belanjawan sebelum ini Perdana Menteri Abdullah Badawi menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan mana-mana ahli Parlimen BN bertukar parti.
Katanya mengenai ura-ura penghijrahan beramai-ramai Ahli Parlimen BN ke Pakatan Rakyat Zaid enggan mengulas lanjut tentang perkara itu dan hanya berkata “Lompatlah.”
www.suarakeadilan.com
No comments:
Post a Comment