23 September 2008

Tidak masuk akal langsung, Raja Petra ditahan ISA kerana hina Islam | Jika ada bukti bawa ke mahkamah dan itu lebih bertamadun

Raja Petra ditahan dua tahun bawah ISA

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin dikenakan hukuman penjara dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah dituduh menghina Islam.

Isterinya, Marina Lee Abdullah hari ini berkata, Raja Petra yang merupakan pengasas laman web Malaysia Today telah dihantar ke pusat tahanan di Kamunting selepas Menteri Dalam Negeri menandatangani arahan penahanan malam tadi.

“Polis berkata, suami saya telah dihantar ke Kamunting pagi ini dan dia akan ditahan di sana selama dua tahun tanpa perbicaraan,” kata Marina. – AFP

No comments:

Post a Comment